[Video] Bayi Ini Lahir Dalam Keadaan Tenat. Permintaan Ibu Untuk Memeluk Bayinya Dan Apa Yg Jadi Selepas Itu Mengejutkan.

Pasangan suami isteri dari Dakota Selatan, Amerika Syarikat yang baharu sahaja melahirkan anak ketiga mereka telah dinasihatkan oleh para doktor untuk bersedia menerima berita buruk mengenai bayi mereka yang tenat dan tidak diberi harapan untuk hidup.

Doktor seakan telah berputus asa dan ibu bapa yang kecewa ini telah diminta untuk menyatakan hajat terakhir bersama bayi mereka.

Ibu bayi yang tenat ini mengemukakan hajat untuk mendakap dan membelainya dengan kasih sayang buat kali terakhir. Namun, tanpa dijangka keajaiban telah berlaku selepas itu.

Ketika Karen, 41 tahun dan suaminya Brian Wollman, 39 tahun sedang menanti kelahiran anak ketiga mereka, doktor telah memberitahu bahawa bayi mereka telah didiagnos dengan sindrom Down dan berkemungkinan tidak akan selamat dan meninggal dunia.

Doktor yang merawat Karen mendapati ibu ini mengalami ‘hydrops fetalis’ iaitu satu keadaan risiko kehamilan yang serius di mana ia telah menyebabkan pergerakan janin yang lemah, kaki dan tangan ibu yang membengkak kesan dari penumpuan cecair yang tidak normal yang tidak sepatutnya terjadi pada rongga tubuh janin di dalam kandungan.

Bayi Ini Lahir Dalam Keadaan Tenat. Permintaan Ibu Untuk Memeluk Bayinya Dan Apa Yg Jadi Selepas Itu Mengejutkan.

Karen berkata, “Doktor memberitahu kami yang anak lelaki kami tidak akan dilahirkan dengan selamat dan akan meninggal dunia. Tetapi saya dan suami telah membuat keputusan untuk tidak berputus asa dan tetap menyimpan harapan.”

Ibu ini tetap menggalakkan bayi di dalam kandungannya untuk berjuang. Sambil berdiri di tepi tingkap rumah, Karen membayangkan anak kecilnya ini akan bermain dengan abang dan kakaknya di dalam rumah pokok di belakang rumah mereka kelak.

Bayi Ini Lahir Dalam Keadaan Tenat. Permintaan Ibu Untuk Memeluk Bayinya Dan Apa Yg Jadi Selepas Itu Mengejutkan.

Karen berkata, ” Saya juga menyanyikan lagu ‘This Little Light of Mine’ kepadanya. Saya memberitahunya, ‘Ayuh sayang, teruskan menerangi hari dengan cahaya kecil kamu.’.”

Namun, bayi Renner telah selamat dilahirkan apabila tiba masanya melalui kaedah pembedahan ‘caeserean’. Tetapi selepas dilahirkan, satu lagi berita mengecewakan telah diberitahu kepada ibu dan bapa Renner Wollman.

Renner telah dikejarkan ke unit rawatan rapi apabila dia telah mengalami kegagalan buah pinggang dan terpaksa bergantung kepada mesin pernafasan untuk membolehkannya terus bernafas.

Bayi Ini Lahir Dalam Keadaan Tenat. Permintaan Ibu Untuk Memeluk Bayinya Dan Apa Yg Jadi Selepas Itu Mengejutkan.

Karen berkata, ” Hari demi hari dan kami menunggu dari minit ke minit. Kami berasa sangat sedih melihat bayi kami yang tenat. Sebagai ibu bapa, kami berasa tidak berguna dan tiada daya.

Tetapi kami perlu menjadi positif setiap hari, walau seberat mana kami perlu menanggung penderitaan dan beban ini.”

Selepas Renner berusia 75 hari, para doktor memberitahu kepada ibu bapa ini supaya bersedia menerima berita terburuk.

Menurut Karen, “Mereka memanggil kami dan menyuruh kami duduk, selepas itu kami diberitahu yang Renner tidak akan bertahan dan selamat lebih lama, mungkin hanya dalam beberapa minggu atau bulan sahaja,”

Bayi Ini Lahir Dalam Keadaan Tenat. Permintaan Ibu Untuk Memeluk Bayinya Dan Apa Yg Jadi Selepas Itu Mengejutkan.

Selepas itu, doktor ini telah bertanya kepada ibu bapa ini sama ada mereka mempunyai hajat terakhir bersama anak lelaki mereka yang sedang tenat.

Karen telah memberitahu mereka, “Saya mahu memegangnya.” Dan Renner telah dibawa keluar dari mesin itu dan dia telah diberikan kepada ahli keluarganya untuk dipegang dan dibelai.

Karen mendodoikan si kecil Renner di dalam dakapannya dengan perasaan yang sayu. Dan selepas itu, setiap ahli keluarga memegangnya buat pertama kali, dan mungkin juga buat kali terakhir.

Bayi Ini Lahir Dalam Keadaan Tenat. Permintaan Ibu Untuk Memeluk Bayinya Dan Apa Yg Jadi Selepas Itu Mengejutkan.

Sementara keluarga Wollman sedang bersedia untuk membawa pulang bayi Renner yang nazak ini untuk kali terakhir, Renner secara tiba-tiba telah menunjukkan perubahan yang amat ketara, tanpa apa-apa alasan dari segi pandangan perubatan.

Bapa Renner, Brian berkata, “Segala-galanya tiba-tiba berubah dalam sekelip mata, dengan begitu sahaja.”

Kira-kira enam dan setengah bulan kemudian, bayi ajaib Renner telah pulih dan sihat dengan cara yang mengagumkan dan dibenarkan pulang ke rumah mereka di Sioux Falls, Dakota Selatan.

Bayi Ini Lahir Dalam Keadaan Tenat. Permintaan Ibu Untuk Memeluk Bayinya Dan Apa Yg Jadi Selepas Itu Mengejutkan.

Ahli neonatologi yang menyambut Renner, Dr. M. Akram Khan berkata, “Saya berasa amat kagum dengan kemajuan dan perubahan yang telah ditunjukkan oleh bayi ini.

Renner sesungguhnya bayi ajaib dengan pelukan dan belaiannya amat diperlukan untuk menggembirakan hati kita semua.”

Bayi Ini Lahir Dalam Keadaan Tenat. Permintaan Ibu Untuk Memeluk Bayinya Dan Apa Yg Jadi Selepas Itu Mengejutkan.

Renner Wollman kini telah membesar dengan sihat dan berusia 5 tahun.

Dengan penuh keajaiban, bayangan dan impian ibunya, Karen menjadi realiti apabila Renner telah dapat bermain di atas rumah pokok mereka bersama abangnya, Riley, 13 tahun dan kakaknya, Paisley, 9 tahun dengan rasa ceria dan gembira.

Kredit : Era Baru