“Tolong la, filem ni 3 jam kot..” – Budak2 bising dalam wayang, penonton Endgame bagi amaran!

Tidak dapat digambarkan feno­mena filem adi wira terbaru Marvel iaitu Avengers: Endgame yang mula melanda peminat filem seluruh negara sejak beberapa hari lalu.

Setelah menanti selama 11 tahun, sudah tentu penonton teruja bagi menyaksikan filem arahan Anthony Russo dan Joe Russo itu dalam keadaan tenang tanpa sebarang gangguan.

Namun sudah menjadi kebiasaan apabila akan ada segelintir pasangan ibu bapa yang masih membawa anak kecil mereka bagi menyaksikan filem dalam panggung wayang.

Seorang pengguna Twitter turut berhadapan dengan situasi sama apabila tumpuannya diganggu dengan gelak ketawa dan tangisan daripada kanak-kanak tersebut.

‘Seat’ belakang aku…

Menurut Asrul Muzaffar, dia boleh bertimbang rasa sekiranya anak kecil menangis ketika babak ‘peperangan’ namun terjadi sebaliknya.

Cuba abaikan tapi filem tu 3 jam kot!

Dia juga menasihati ibu bapa agar mencari pengasuh atau ahli keluarga lain untuk menjaga anak masing-masing di rumah sekiranya terdesak mahu menonton filem di pawagam.

Jarang budak boleh duduk diam!

Posting berkenaan mengundang perhatian warga Twitter yang rata-rata turut bersetuju bahawa tindakan membawa kanak-kanak ke dalam panggung wayang boleh menganggu ketenteraman awam.

Suami isteri tengok ikut ‘turn’ la!

Memang tak patut!

Meluat sangat

Mohon bertimbang rasa

Sumber : Asrul Muzaffar