15 Gambar Menakjubkan Yang Anda Tidak Akan Percaya Ianya Wujud

Banyak perkara yang menakjubkan berlaku disekeliling kita sama ada kita sedar atau tidak. Adakalanya teknik fotografi juga salah satu faktor penting dalam menjadikan sesebuah gambar itu menarik seperti apa yang ingin kami kongsikan dibawah.  Kita dapat merasakan kebenaran setiap gambar ini apabila melihatnya.

1. NAMIB DESERT

Gambar ini diambil berhampiran Sungai Sossusvlei – Salau satu tempat paling indah di dunia padang pasir. Lereng bukitnya sungguh unik dan ianya berubah sepanjang masa dibentukkan oleh angin dan air.

2. KUCING DUA MUKA

Ia kelihatan seperti gambar yang telah diubah menggunakan Photoshop tetapi ianya adalah kucing yang sebenar! Kucing ini benar-benar unik dan sudah pastinya kucing ini adalah antara satu diantara berbillion kucing lain. Dia pasti mempunyai separuh muka ibu dan separuh daripada bapanya. Comel kan?

3. JALAN BEROMBAK

Ia berlaku di Jepun pada tahun 2011 semasa terjadi satu gempa bumi yang kuat. Jalan tersebut terbelah dua dan menjadi berombak setelah gempa bumi tersebut. Kalau anda perasan, walaupun gempa bumi, struktur jalannya masih lagi utuh tanpa retak walaupun berombak. Kualiti jalannya sungguh baik kan?

4. TAPAK KAKI DI ATAS LANTAI KAYU

Gambar ini menunjukkan tempat seorang sami lama berdoa setiap hari di tempat yang sama selama lebih dari 20 tahun! Sukar untuk mempercayai bahawa kayu itu benar-benar boleh dibentuk seperti itu, tetapi ianya terjadi.

5. LAUTAN BEKU

 

Ia memerlukan kurang daripada 28.4 darjah Fahrenheit untuk membekukan air laut. Di sini anda melihat sesuatu yang unik – seorang lelaki di atas kuda berjalan dengan selamat di atas permukaan laut.

6. MONUMEN DI DASAR LAUT

 

Monumen ini didapati secara tidak sengaja dan tiada siapa yang dapat memberikan asal-usulnya. Sesetengah menganggap ia sisa-sisa bandar kuno yang tenggelam di di dasar laut.

7. SEEKOR FLAMINGO YANG SANGAT BESAR

Berikut adalah satu bentuk flamingo besar yang dibentuk oleh ribuan flamingo sebenar. Ini mungkin contoh terbaik pemikiran kolektif yang kini sedang dikaji secara aktif oleh mereka yang berada dalam bidang zoologi.

8. IKAN BERGIGI MANUSIA

Anda mungkin akan terkejut selepas menangkap ikan seperti ini di sungai. Ia adalah spesies ikan yang sangat jarang ditemui yang agak mustahil untuk ditangkap. Ianya sangat menarik untuk melihat sekiranya ikan perlu melawat doktor gigi seperti manusia. Siapa tahu ini ikan apa?

9. TASIK PINK

Warna merah jambu dalam air di tasik ini disebabkan oleh kepekatan garam khas yang tidak normal. Ianya adalah Tasik Retba, yang terletak di Senegal. Sayangnya, ia akan menjadi lutsinar semula tidak lama lagi kerana terdapat sejumlah besar penambang garam haram.

10. SELAMAT DATANG KE NER4KA

Jangan terkejut! Ianya bukan pintu masuk neraka, seperti yang anda fikirkan. Ia hanya sebuah stesen bawah tanah baru yang direka oleh pereka Sweden. Anda boleh melihatnya sekiranya anda melawat Stockholm.

11. OMBAK ARIZONA

Sukar untuk percaya bahawa tempat-tempat seperti ini mudah dijumpai di Amerika Syarikat. Ombak Arizona adalah salah satu tempat yang paling kerap dikunjungi oleh pelancong yang cuba mencari landskap yang paling menarik.

12. DUA LANGIT

Gambar ini diambil di Bolivia di padang pasir asin yang terkenal iaitu Salar de Uyuni. Ia mungkin tempat terbaik untuk mengambil gambar yang menarik dan menyaksikan keindahan alam semula jadi.

13. POKOK BERH4NTU

Foto pokok-pokok ini diambil di Pakistan selepas berlakunya banjir. Beribu-ribu labah-labah memanjat pokok untuk menyelamatkan diri dan membentuk sarang seperti dalam gambar ini. Cantik tapi agak menyeramkan.

14. GEISER NEVADA

Ini adalah Fly Geyser yang terkenal di Nevada. Ia adalah tempat yang indah yang dianggap sebagai pintu masuk ke dunia lain. Sekarang ia dilihat sebagai salah satu tempat paling indah di Amerika Syarikat.

15. GERBANG NERAK4

 

Satu lagi tempat yang digelar pintu masuk ke neraka boleh didapati di Turkmenistan. Terdapat lubang di tanah yang telah terbakar selama 45 tahun yang lalu sehingga sekarang. Para saintis kini cuba mencari sebab-sebab fenomena sedemikian.

Anda suka artikel kami? Like page kami Dah Ke Belum di Facebook.