13 Tempat Terbiar Yang Sangat Menakjubkan

Kita biasa melihat tempat yang dijaga rapi dan kemas. Biasanya, kita mesti akan pergi ke tempat-tempat yang memang cantik dan bersih dimana kita tahu ianya dijaga dengan konsisten untuk keselesaan sesiapa sahaja yang berkunjung. Tetapi bagaimana dengan tempat-tempat yang telah terbiar sekian lama? Pernahkah kita terfikir untuk melawat tempat sebegitu?

Artikel ini meneroka antara beberapa tempat terbiar yang paling menakjubkan di dunia. Ada sesetengah tempat yang biarpun telah ditinggalkan namun tetap memberi pemandangan yang menarik dan menakjubkan untuk diteroka. Adakah anda ingin melawat tempat-tempat ini?

Jom tengok..

1. Hirta – Scotland

Sebidang tanah yang mengagumkan ini pernah menjadi penempatan untuk sebuah kampung pada sekitar tahun 1930-an. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh perubahan politik di rantau ini, rakyat memilih untuk meninggalkannya dan hidup di tempat lain. Pasti ianya sebuah kampung yang cantik kan?

Pada bulan Ogos 1930, penduduk yang terakhir menetap disini telah meninggalkan kampung ini. Rumah batu ini kini sentiasa utuh dan tidak berubah walaupun selepas 80 tahun ditinggalkan. Banyak di antara rumah disini kelihatan masih boleh diperbaiki, jadi siapa tahu masih ada masa depan yang cerah buat Hirta. Siapa yang tahu kan?

2.Dome Homes – Florida, Amerika Syarikat

Rumah-rumah kubah ini dibina di luar pantai Marco Island pada tahun 1980. Pada awalnya dibina untuk dijadikan rumah percutian, namun kawasan ini telah dilanda taufan dan akhirnya mengalami kerosakan. Agensi-agensi di persisir pantai ini menganggarkan kos pembaikannya adalah sangat tinggi, jadi ianya ditinggalkan begitu sahaja. Sayangnya kan?

Hari ini, hampir mustahil untuk mencari walau satu rumah kubah yang masih elok kerana ianya telah dimamah ombak dan angin laut tanpa penjagaan yang rapi. Adakah anda ingin melihat rumah ini beroperasi sepenuhnya? Kami fikir ianya pasti mengagumkan!

3.Villa – Lake Como, Itali

Perkara yang pelik tentang vila di Lake Como ini adalah cerita misteri di sebaliknya. Penduduk tempatan menganggarkan bahawa vila ini dibina pada kira-kira tahun 1800-an, tetapi tidak ada rekod untuk menunjukkan ianya benar atau salah.

Kabar angin menyatakan bahawa rumah itu ditinggalkan selepas berlaku pembunuhan yang mengerikan atau kejadian bunuh diri – tetapi masih tiada siapa tahu kisah yang sebenar disebaliknya. Hari ini, ia ditinggalkan sepenuhnya dan pelawat dinasihatkan untuk menjauhkan diri daripadanya. Bagi kami, ia kelihatan seperti set untuk filem seram yang baru!

4.Berlin – Nevada, Amerika Syarikat

Berlin – di Nevada, bukan Jerman! – satu kawasan yang popular pada tahun 1897 di tengah-tengah kawasan perlombongan. Malangnya, industri ini merudum dan akhirnya ditinggalkan pada tahun 1911.

Tiada siapa yang tinggal untuk mengekalkan atau memajukannya, jadi landskapnya tidak pernah berubah sehingga hari ini. Sekarang ia adalah sebahagian daripada Taman Negeri Nevada. Pelawat boleh meneroka kawasan tersebut dan melihat apa yang kelihatan lebih daripada 100 tahun yang lalu.

5.Pripyat – Ukraine

Bandar ini dibuka pada 4 Februari 1970. Pripyat terletak berhampiran dengan sempadan Belarus dan merupakan bandar nuklear pada zaman Soviet berkuasa. Pada masa itu, ia adalah rumah kepada ramai pekerja yang berulang alik ke Chernobyl.

Selepas bencana nuklear Chernobyl pada tahun 1986, seluruh bandar dipindahkan kerana tahap radiasi yang sangat tinggi. Sehingga hari ini, sesiapa pun masih dibenarkan melawat – tetapi hanya dengan pengiring dan tahap radiasi badan anda akan diperiksa selepas itu. Jangan kata anda tak diberi amaran!

6.Istana Kilchurn – Scotland

Hari ini, Istana Kilchurn adalah salah satu istana yang paling banyak di abadikan dalam bentuk fotografi di dunia. Ia dibina pada tahun 1400-an dan telah dibiarkan usang sejak tahun 1700-an. Hartanah yang tidak tersentuh ini menarik perhatian orang dari seluruh dunia yang mengagumi keberadaannya yang luar biasa walaupun telah diabaikan selama 300 tahun.

Pada waktu kegemilangannya, ia sebagai istana hinggap kepada beberapa keluarga dan pegawai yang paling berpengaruh ketika itu apabila mereka melawat negara ini. Ia sesuatu yang boleh kita bayangkan dalam filem James Bond seterusnya!

7.Kayakoy – Turki

Bandar Turki kecil ini terletak 8km di selatan Fethiye di wilayah Lycia. Menurut sumber, seluruh penduduknya berpindah ke Greece selepas dibuang oleh empayar Uthmaniyyah. Pekan ini kini ditinggalkan sepenuhnya – meninggalkan 350 bangunan kosong dan diabaikan sejak tahun 1914.

Ianya telah menjadi rumah bagi tumbuhan-tumbuhan liar, tanpa ada seorang manusia pun yang menetap di sana. Tidak pasti jika kerajaan Turki mempunyai rancangan untuk memulihkan Kayakoy kepada sebuah bandar baru atau mahu mengekalkannya sebagai tempat sejarah. Apa yang anda fikir mereka harus lakukan dengannya?

8.Pulau Terapung – Australia

Sebuah kapal, SS Ayrfield, dibina pada tahun 1911 di UK. Ia telah didaftarkan sebagai kapal dagangan Australia tetapi telah diubah menjadi kapal tentera laut sewaktu Per4ng Dunia Kedua untuk tentera Amerika. Ia beroperasi sehingga tahun 1972, dan ditamatkan perkhidmatannya di Sydney dan ditinggalkan di Teluk Homebush.

Teluk itu terkenal sebagai ‘tapak perkuburan kapal’ dan SS Ayrfield mempunyai kehidupan baru sebagai tuan rumah kepada pokok bakau dan tumbuhan lain yang hidup subur diatasnya. Pelawat kini dapat melihat kecantikannya dari jauh.

9.Kuil Ta Prohm – Kemboja

Kuil ini terletak 3.5 km timur laut Angkor Wat di Kemboja. Selepas kejatuhan empayar abad ke-17, ia ditinggalkan dan dibiarkan terabai sehingga ke hari ini. Selama beratus-ratus tahun sejak peninggalannya, strukturnya telah ditelan hutan belantara.

Walaupun kuil ini sudah tidak digunakan lagi, penduduk setempat masih mengekalkannya dan memastikan hutan tidak memusnahkannya sepenuhnya. Hari ini, ia disimpan sebagai monumen di mana sesiapapun boleh datang melawatnya.

10.Kubu Maunsell – UK

Kubu laut ini direka oleh Guy Maunsell dan dibina pada tahun 1942. Pada asalnya, mereka terletak di Thames dan Mersey, yang bertujuan melindungi United Kingdom semasa Per4ng Dunia Kedua namun kurang dari 10 tahun ianya digunakan sehingga semua kubu-kubu ini ditutup dan dintinggalkan.

Untuk seketika, ianya telah digunakan oleh orang untuk menyiarkan stesen radio haram, tetapi ia juga dihentikan setelah beroperasi tidak berapa lama sebelum itu. Hari ini, tempat ini benar-benar kosong – atau apakah itu yang mereka mahu kita fikirkan?

11.Istana Bodiam – UK

Semasa Per4ng Seratus Tahun, seorang askar membina Istana Bodiam untuk melindungi diri daripada Sussex Timur dari Perancis. Ia berkhidmat sebagai istana pertahanan sepanjang zaman pertengahan, tetapi askar-askar tersebut akhirnya meninggalkan istana itu. Hari ini, ia mengingatkan pengunjung tentang sejarah di Britain.

Dengan hanya menyeberangi parit, pengunjung boleh melawat bangunan yang penuh dengan sejarah itu. Walaupun tidak ‘ditinggalkan’, ia tidak lagi digunakan untuk melindungi orang Inggeris dari tentera Perancis.

12.Kiev River Boat – Kiev

Sebuah bot hidrofoil ini telah ditinggalkan dan merupakan peringatan zaman era Soviet. Bot ini direka untuk perjalanan sepanjang Dnieper, di Kiev, ke arah Laut Kiev. Hari ini, ia kekal sebagai kapal penumpang berkelajuan tinggi satu dek sahaja.

Pada zaman kemuncaknya, dianggarkan bahawa salah satu bot berenjin roket tersebut,  bernama ‘Sunrise’, boleh bergerak pada kelajuan mencapai 60km sejam. Namun bot itu telah ditinggalkan dan dimamah alam semula jadi. Penjelajah masih boleh pergi melihatnya, walaupun pihak kerajaan tidak menggalakkannya.

13.Stesen Kereta Api Sentral Michigan – Amerika Syarikat

Stesen kereta api ini pernah mempunyai segala-galanya. Dibina pada tahun 1913, ianya dijanjikan untuk menaikkan kawasan tersebut yang terletak di Midwest. Tetapi apabila ekonomi bandar mula merudum, maka stesen itu ditinggalkan begitu sahaja.

Ia ditutup pada tahun 1988 dan hari ini ianya masih berdiri teguh tetapi kosong. Ia telah menjadi satu landskap yang popular di Michigan, dimana penyanyi rap Eminem menggunakannya dalam filemnya, 8 Mile. Khabar angin mengatakan bahawa syarikat kereta FORD sedang merancang untuk membelinya.

Anda suka dengan artikel yang kami kongsikan? like dan share page kami Dah Ke Belum di Facebook.